IPOH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Pengarahnya Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata kesemua mereka berusia antara 20 sehingga 55 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Beliau berkata operasi bermula jam 9 pagi semalam sehingga 2 pagi ini melibatkan lima premis makanan, sebuah hotel bajet, dua buah kedai serbaneka serta sebuah premis perindustrian.
Katanya serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Perak di kesemua lokasi berkenaan.
"Kesemua mereka terdiri daripada lapan lelaki warga Bangladesh, enam lelaki dan empat wanita warga Indonesia, 10 lelaki dan dua wanita warga Myanmar, empat lelaki dan seorang wanita warga China dan tiga lelaki warga India," katanya dalam kenyataan malam ini.
Dalam operasi itu, seramai 20 pegawai Imigresen telah memeriksa 80 warga asing dan 35 orang tempatan, katanya.
Beliau berkata warga asing yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63, iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu telah tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas yang dikeluarkan.
Katanya, mereka turut disiasat mengikut Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang dikeluarkan.
Menurutnya kesemua warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Ipoh di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam. - Foto JIM Perak/via BERNAMA
Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
Pereka grafik didakwa sembunyi wang lebih RM100,000 milik seorang lelaki
Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah lebih RM100,000 milik seorang lelaki.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Imigresen Pahang tahan 30 pendatang asing tanpa izin
Mereka ditahan dalam satu operasi yang dijalankan di beberapa rumah sekitar daerah Kuantan pada semalam hingga awal pagi tadi.
Bekas pemain import Liga Super antara ditahan dalam Op Kutip
Bekas pemain import Liga Super antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Puchong Mesra awal pagi Sabtu.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti
Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
Imigresen Johor gempur 19 lokasi tumpuan warga asing, 42 ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menahan 42 warga asing, selepas menggempur 19 lokasi tumpuan mereka di daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar, pada Selasa lepas dan semalam.
Tujuh pusat urut dan dandan guna khidmat warga asing digempur
Jabatan Imigresen menggempur tujuh pusat urut dan dandan yang menggajikan pekerja asing di sekitar bandar raya Johor Bahru Ahad lepas.
JIM Perak tahan 95 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 95 warga asing dalam serbuan ke atas 25 premis di sekitar Ipoh dan Gopeng, semalam.
Tiga warga asing sedia khidmat RTK 2.0 ditahan
Tiga lelaki warga asing ditahan Jabatan Imigresen kerana menawarkan perkhidmatan pembaharuan permit kerja melalui Program RTK 2.0 dan Flying Passport.
Imigresen laksana operasi terhadap pekerja asing di Sarawak selepas tamat RTK 2.0
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak akan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran terhadap pendatang asing yang bekerja di negeri itu.
Malaysia terima 26 juta pelancong setakat November - MOTAC
Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.